Wednesday, August 6, 2014

Dialog tahajjud

"Kenapa aku tak boleh bangun tahajjud ?"

Ini jawapan dari Imam Ahmad bin Hanbal.

"Seorang lelaki menceritakan tentang dirinya"

"Setiap kali sebelum tidur , aku sudah berwudhuk , aku tidur berlapikkan lambung kanan , menghadap kiblat , dan membaca ayat-ayat yang diajar Baginda S.A.W. sebelum tidur , dan aku berniat nak bangun tahajjud selepas aku tidur , tapi kenapa setiap kali aku bangun dari tidur , matahari sudah mula nampak ?"


Jawapan Imam Ahmad bin Hanbal : "Yang membelitmu adalah dosa-dosamu"



Ustazah Solehah?


Secara jujur, saya suka wanita yang memakai tudung labuh. Maksud saya, kagum. Masakan tidak, mengenakan pakaian yang selayaknya di pertengahan masyarakat yang tidak berapa syariat. Sumpah qowiy! Tapi kadangkala saya rasa pelik bila masyarakat rasa pelik tengok wanita yang memakai tudung labuh ini.

Depa kata hang ni spesis alien ke apa? Kalau purdah lagilah, macam satria baja bertopeng kata depa.

Oleh kerana tidak tahan mendengar ejekan-ejekan sinis seperti itu, ramai daripada golongan akak-akak ghuraba' ini memilih untuk menjadi seperti gadis-gadis biasa. Semakin berwarna warni, hiasan sana sini. Lebih sedih apabila makin tak labuh hanya seadanya.

Di dalam ipt sebagai contoh, bi'ah ataupun suasananya agak terjaga hatta di ipt luar negara sekalipun. Maka, tidak menjadi masalah sangat bagi akak-akak ghuraba' ini bertudung labuh ataupun berpurdah. Kalau ada tentangan sekalipun, mungkin sekadar kata-kata belakang sahaja yang boleh ditepis dengan sesekali semburan ayat Quran ataupun nasihat.

Tetapi, keadaan ini sama sekali berlainan bila berada dalam kelompokan masyarakat. Boleh jadi, akak-akak ghuraba ini akan tercampak dalam suasana kerja, ataupun suasana masyarakat yang tidak terlalu islamik. Hanya mereka sahaja yang ghuraba , hanya mereka sahaja yang bertudung labuh atau menutup aurat dengan sempurna.

Sebagai contoh, akta yang dikenakan oleh Parlimen Britain tidak lama lepas. Akta ini melarang, sebarang bentuk pemakaian yang menutup muka seperti tudung, niqab dan sebagainya semasa berada di dalam parlimen.

Lihat!
Akta ini ternyata menyekat hak kebebasan golongan wanita. Lalu mereka mengatakan, Islam adalam agama yang menyekat hak kebebasan golongan wanita, menyekat kehormatan wanita, dan merendahkan taraf golongan wanita.

Jika kita mengalami isu-isu seperti ini, apa agaknya reaksi kita? Duduk diam sahaja goyang kaki, ataupun mempertahankan dengan segala khudrat yang ada? Harus difahami bahawa, suasana ini sebenarnya sangat kritikal. Ianya menjadi indikator sama ada kita akan turut sama hanyut dalam suasana seperti itu, ataupun kita tajarrud meneruskan perjuangan!

Huh, macam saya pula yang memakai tudung labuh.

Justeru wahai akak-akak sekalian, inilah cabaran menjadi golongan ghuraba'. Harus ada rasa izzah ! Jangan sedikit pun malu! Berbanggalah menjadi golongan ghuraba' yang masih menegakkan syariat Islam. Jangan peduli pandangan manusia, malah pedulilah kepada perhatian yang selayaknya, Allah rabbul jalil.

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagian itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki