MeKAR: Hijau Bunga ku sangka Daun



Sangkaan ku mengatakan sudah lebih kurang 3 bulan aku menamatkan pengajian diploma di bumi Shah Alam. Satu perjalanan yang bernilai buat sang musafir kerdil seperti aku di bumi Allah yang maha luas ini.

Ini lah aku, lulusan siswa diploma medical electronics engineering.

Sejujurnya, memulakan pengajian di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA) bukan lah kemahuan diri ku seperti yang ku hajati. Ya. Dalam keredhaan masih terselit sekelumat perasaan yang membentak , mengatakan aku tak seharusnya di sini !

Namun aku memaksa diri untuk menerima. Belajar mempraktik bersangka baik dengan Tuhan. Allahu...Egois itu selalu membunuh tuannya.

Sebermulanya awal pengajian ku di sini aku menemui sedikit kesukaran dengan persekitaran lokaliti kampus yang agak berbeza dengan sekolah. Culture shock , itu lah dialami aku. Di sini aku menemui bersosial itu perkara biasa. Senda gurau bertepuk tampar para siswa dan siswi. Lelaki dan perempuan. Nafasku sesak. Sedang lima tahun berkelana mengaji di tanah utara dan selatan Selangor (baca: Kuala Selangor dan Sepang) cukup mempraktikkan apa itu ikhtilat walaupun term ikhtilat itu hanya dikenali selepas menjejak ke ipt.


Kami cukup 'fobia' dengan perkataan sosial. Mana-mana pelajar yang agak kerap berhubungan antara lelaki dan perempuan mudah sahaja dicop pelajar dan kawan-kawan sebagai pelajar sosial. "Bermasalah". Tertangkapnya sahaja boleh dikenakan hukuman buang asrama. Di PSA sebaliknya, malah pernah disindir rakan sekuliah kerana perwatakan 'syadid', mengelak percampuran dan sebagainya. Namun, aku tahu ada sebahagian mereka kagum*uhuk3* dan akhirnya aku menerima dan diterima dari semasa ke semasa, nyata Allah meniupkan lembut kasih-Nya ke dalam hati-hati kami memudahkan siapa sahaja yang mahu mengamalkan syariat agama-Nya.

Alhamdulillah semua baik2 sahaja sehingga seterusnya. Rupanya sebelum ini aku hidup terlalu selesa. Cuma aku . . .

Jiwa segersang Sahara

Lumrah seorang musafir di sebuah padang pasir. Perjalanan yang jauh berbumbungkan terik pancaran mentari, sesekali gelap malamnya membawa dingin mencucuk hingga ke tulang sulbi.

Sebelum bermulanya lagi perjalanan yang panjang itu, aku nekad untuk mencari bekalan oasis subur yang nyaman agar tidak terkandas di pertengahan jalan, mati mengering menjadi mumia akibat dehydration yang melampau. Aku tidak mencari yang lebih. Cukup sahaja sekumpulan kecil yang basah dengan tarbiyyah bernama u s r a h . Bi'ah solehah.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku dapat menarik lafas lega mendapati bukan satu sahaja badan pelajar islam yang bertapak di sini. Malah dua ! MeKAR dan PI.

Pusat Islam yang bercahaya !




Di sini lah starting ceriteranya. Setiap malam-malam di KAMSIS tiada bangunan yang lebih bercahaya selain Pusat Islam, PI (musolla di PSA). Aku sendiri tak pasti mengapa. Mungkin sahaja kerana rahmat Allah yang benar-benar tertumpu di dalamnya.

Pusat Islam inilah yang menjadi titik pertemuan dengan abang-abang PI dan MeKAR yang lembut, ramah dan sempoi perwatakan mereka. *err.bukan lembut ala pondan gitu*. Juga menjadi tempat pertemuan kami yang sebaya saling mengenal dan membenih ukhuwah saban minggu bersenda serta berusrah bernaqibkan ikhwah luar. Huh?! Semester satu. Aku tak kisah asalkan bahagia~

Kadang berrehlah , kadang berjaulah. Serius besh !! Tak best bila naqib soal bab mutaba'ah amal..*err*

Daripada situ lah aku benar-benar belajar berintima' dalam amal islami seterusnya menghargai islam itu lebih daripada aku menghargainya dalam episod2 hidup sebelum itu.


Dilema remaja tua


Bayangkan satu hari datang satu rombongan manusia datang ke rumah mak ayah kita untuk melamar kita. Alangkah ! Nyata pulak si dia merupakan orang yang lama telah tersimpan di dalam hati kecil merah kita.

Begitu lah, *jangan berangan lebih*
Lamaran demi lamaran menghujani aku di sana sehingga ada kalanya ia sangat mengelirukan. Oh, bukan lamaran kahwin lah opcoz~ Pertamanya lamaran dua kuasa besar islam di PSA, iaitu Amerika dan China . Eh, PI dan MeKAR. Namun setelah ditimbang risiko dan manafaatnya, aku memilih untuk menjana kerohanian akhlak remaja. Why? Seperti mereka. I have my own purpose.

Pada waktu yang sama juga aku mendapat lamaran daripada bumi anbiya' Mesir. Satu impian yang memang lama aku dambakan! Tertulis kursus sarjana medical di Universiti Mansoura, Mesir pada lamaran cukup membuatkan dada tercungap-cungap menangkap nafas sambil senyum yang tak puas-puas dek kegumbiraan. Tapi ,  lambat . . . tajaan belajar di Poli pun dah diluluskan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" 

- al-Baqarah:216-



Keliru . muhasabah . istikharah . Ini bukan kali pertama, lamaran juga merupakan ujian. Ujian daripada Dia untuk mengenal siapa hambaNya. Berminggu memikirkan, antara Chenta dan Cita-cita !



******


“Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari setiap apa yang kamu ingini dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.” 
- Ibrahim : 34 -


Mengorbankan cita-cita demi chenta-Nya. Aku kena yakin Allah tak akan meletakkan diri ku di sini tanpa sebarang makna! Lalu perjalanan diteruskan di sini bersama-sama rakan seperjuangan yang lain.

Nyata jalan ini langsung tidak menghampakan. Di Malaysia ini lah aku mendalami hakikat da'wi dan tarbawi. Berbekalkan kekurangan dan kepapaan, kami belajar berdikari menggerakkan diri dan haraki. Adapun terdapat mata-mata yang tidak menyenangi jalan ini, adapun sesekali merasa terbeban dengan mehnah dan dugaan, itu lah dia ujian daripada-Nya. Umpama peperiksaan yang mesti diduduki pelajar pada setiap akhir semester, semua yang bergelar pelajar wajib menempuhinya.


Menjana Kerohanian Akhlak Remaja, MeKAR


Tanpa ku sedari , kelab kecil ini menjadi nyawa ku di Poli. It gives me the purpose to stay live on this ipt. Bukan kerana gelarannya, bukan kerana ahli-ahli di dalamnya, dan jauh sekali kerana nama ! Demi Allah, terdapat sesuatu di dalam gerabak kerdil ini yang membuatku terikat dengannya.

Yes, study tu study juga. Always keep on the highest performance on all your doings. Akademi. Tarbawi.

Hijau bunga ku sangka daun. Aku tidak berapa menyukai bunga tetapi sangat chenta pada dedaun. Iya, kerana dari sudut biologinya sahaja menunjukkan dedaun lebih bermanfaat kepada manusia dengan membekalkan oksigen disamping menjaga suhu dunia berbanding bunga yang sekadar hiasan-hiasan di taman.

Aku silap.


Sungguhpun dedaun banyak memberi manafaat kepada makhluk seakan manusia namun tindakannya itu untuk keperluannya juga. Demi memproses makanan untuk kepentingan pohonnya sendiri. Economical trades~
Bunga, mendengarnya sahaja membuat jiwa rijalku geli entah di mana. Egois. Padahal padanya lah berlakunya proses produksi bakal tunas-tunas baru yang mungkin jauh lebih baik daripada pohon ibunya.

Itu lah tarbiyyah. Itu lah da'wah.

Ia bukannya proses mengaut ilmu islam sebanyak-banyaknya. Bukan juga sekadar proses meraih pahala sebesar-besarnya. Tetapi ia soal peduli. Peduli dengan keadaan diri sendiri, generasi, ummah, daulah dan dunia. Malah peduli sepenuhnya tentang redha-Nya atas apa yang kita perbuat di muka bumi.

Kerana peduli ini lah lahirnya kasih-sayang, kerana peduli ini lah wujudnya perjuangan.

Segala puji bagi-Nya yang meletakkan aku merata dalam proses pendebungaan ini. Terima kasih buat ikhwah2 , pakcik2 juga segelintir akhowt Ikram yang kembali menjelaskan fikrah ini.

Pemerhatianku pada gerabak kecil MeKAR ini sebelumnya masih kurangnya elemen penting ini. Itu yang membuat aku terikat dengannya.*rasanya*. Sungguh, terdapat kelazatan dalam membangunkan anak-anak muda. Bersusah memeningkan kepala apa yang terbaik buat mereka.

Kini masa ku dah pun berakhir. Menyerahkan tampuk kepimpinan kepada yang selayaknya. Aku harap ada antara mereka yang membaca entri ini.

Membaca isi rasa yang tak mampu diterjemah sepatah kata.

Aku lemah. Kerana itu aku tidak mahu mengalah. Maafkan andai zulmat diri ini membantuti gerakan anda di sana.


_Moga Allah redha_



No comments:

Post a Comment