Wednesday, August 6, 2014

Ustazah Solehah?


Secara jujur, saya suka wanita yang memakai tudung labuh. Maksud saya, kagum. Masakan tidak, mengenakan pakaian yang selayaknya di pertengahan masyarakat yang tidak berapa syariat. Sumpah qowiy! Tapi kadangkala saya rasa pelik bila masyarakat rasa pelik tengok wanita yang memakai tudung labuh ini.

Depa kata hang ni spesis alien ke apa? Kalau purdah lagilah, macam satria baja bertopeng kata depa.

Oleh kerana tidak tahan mendengar ejekan-ejekan sinis seperti itu, ramai daripada golongan akak-akak ghuraba' ini memilih untuk menjadi seperti gadis-gadis biasa. Semakin berwarna warni, hiasan sana sini. Lebih sedih apabila makin tak labuh hanya seadanya.

Di dalam ipt sebagai contoh, bi'ah ataupun suasananya agak terjaga hatta di ipt luar negara sekalipun. Maka, tidak menjadi masalah sangat bagi akak-akak ghuraba' ini bertudung labuh ataupun berpurdah. Kalau ada tentangan sekalipun, mungkin sekadar kata-kata belakang sahaja yang boleh ditepis dengan sesekali semburan ayat Quran ataupun nasihat.

Tetapi, keadaan ini sama sekali berlainan bila berada dalam kelompokan masyarakat. Boleh jadi, akak-akak ghuraba ini akan tercampak dalam suasana kerja, ataupun suasana masyarakat yang tidak terlalu islamik. Hanya mereka sahaja yang ghuraba , hanya mereka sahaja yang bertudung labuh atau menutup aurat dengan sempurna.

Sebagai contoh, akta yang dikenakan oleh Parlimen Britain tidak lama lepas. Akta ini melarang, sebarang bentuk pemakaian yang menutup muka seperti tudung, niqab dan sebagainya semasa berada di dalam parlimen.

Lihat!
Akta ini ternyata menyekat hak kebebasan golongan wanita. Lalu mereka mengatakan, Islam adalam agama yang menyekat hak kebebasan golongan wanita, menyekat kehormatan wanita, dan merendahkan taraf golongan wanita.

Jika kita mengalami isu-isu seperti ini, apa agaknya reaksi kita? Duduk diam sahaja goyang kaki, ataupun mempertahankan dengan segala khudrat yang ada? Harus difahami bahawa, suasana ini sebenarnya sangat kritikal. Ianya menjadi indikator sama ada kita akan turut sama hanyut dalam suasana seperti itu, ataupun kita tajarrud meneruskan perjuangan!

Huh, macam saya pula yang memakai tudung labuh.

Justeru wahai akak-akak sekalian, inilah cabaran menjadi golongan ghuraba'. Harus ada rasa izzah ! Jangan sedikit pun malu! Berbanggalah menjadi golongan ghuraba' yang masih menegakkan syariat Islam. Jangan peduli pandangan manusia, malah pedulilah kepada perhatian yang selayaknya, Allah rabbul jalil.

1 comment:

  1. Jzkk .indeed .pndgn Allah lbih utama berbanding pndgn manusia .

    ReplyDelete