Tuesday, July 8, 2014

Aku terima nikahnya


"Aku terima nikahnya Ayse Pashca bnti Euseff Ali dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran tunai". Lancar lafaz yang dituturkan Jeman Rambo tanpa sebarang gugup.

Seusai Tok Qadi melihat semua saksi yang hadir bagi mendapat pengesahan dan membaca doa, Jeman Rambo pun segera bangkit solat dua rakaat tanda kesyukuran.


Mentitis butiran jernih daripada kelopak mata Ayse Pashca kerana terharu. Kelihatan makcik-makcik dan sanak saudara sibuk mengucapkan tahniah kepadanya.


Tiba-tiba datang satu sosok berpakaian ninja, bertopengkan topeng Kamen Rider Hibiki merempuh masuk ke dalam ruangan majlis bersama tunggangan unicorn merah jambunya.

"I shall not allow this marriage !!" Laungnya lalu mengacukan pistol desert eagle ke arah Jeman Rambo yang sedang tenang dalam sujudnya.

"BAMM!!!"

-Tamat-

******
nanges*

OH. Maaf kerana mengecewakan mood anda dengan pengenalan yang .. erm .. best  ini .


Headline untuk kali ini ialah " aku terima nikahnya ..." . Amboi..galak na~
Apabila sampai sahaja waktunya, akan disatukan lah oleh-Nya dua insan bakal Romeo dan Juliet yang kemudiannya hidup berumah escalator bahagia forever after . *yelah tu*

Seperti yang kebanyakan saudara/saudari sedia maklum. Lafaz sakinah ini merupakan lafaz penting yang menjadi pengikat sebuah ikatan perkahwinan antara sumawi dan isteri . Orang-orang melayu nusantara biasanya mengenali upacara ini sebagai aqad nikah . Seterusnya tersumpahlah mereka berdua dengan sumpahan yang mengikat mereka selamanya sehingga sekiranya berlaku kematian ataupun penceraian.


Saudara / saudari fillah,


Sebenarnya bukanlah mahunya saya berkongsi dengan kalian mengenai perkahwinan atau yang namanya baitul muslim , akan tetapi untuk bersama mentatapi dan meneliti makna sebuah aqad. Yes, dalam dunia syariat itu , aqad bukan hanya pada bab munakahat(perkahwinan) tetapi terdapat juga aqad-aqad lain yang terdapat dalam muamalat harian kita .

Sebagai contoh aqad jual beli yang lansung tidak diberi perhatian oleh majoriti masyarakat kita. Untuk makluman, jual beli yang tidak disertakan dengan aqad dikira jual belinya tidak sah di sisi syariah. Baik penjual mahupun pembeli, beraqadlah meskipun hanya melafazkan :

"Saya beli"

"Saya jual"

Itu merupakan aqad dari sudut syariah, basic maksudnya dari sudut bahasa ialah ikat iaitu mengikat sesuatu dengan yang lainnya. Dalam erti kata lainnya ianya adalah perjanjian ataupun bai'ah.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah aqad pada sudut pandang aqidah. "SYAHADAH" .

aqad.... aqidah ??? memanglah! aqidah itu bermaksud ikatan
Syahadatul Haq #1

Sahaja aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan sahaja aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

"Oh, lafaz kalau ada orang nak kembali pada islam tu ye?"

"Untuk verify iman seseorang tu kan?"
Mengikut percaturan matematik saya, sekurang-kurangnya sembilan kali kita mengungkapkan kalimah ini dalam sehari bagi yang lengkap solat fardu lima waktunya. Bagi yang tak lengkap, silalah bertaubat sebelum ajal mendekat. (Pesanan penaja hari ini)

Apakah pengertian sebenar syahadah yang kita ungkapkan itu? Adakah ianya hanya sekadar alat untuk verify iman? Ataupun hanya sekadar pra-syarat untuk mendapatkan cop “sah” solat?
 Mari kita membedah kalimah agung ini bahagian demi bahagian..

Saya membahagikan kalimah syahadah kepada dua bahagian..

Bahagian pertama ialah kesaksian bahawasanya Allah itu Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan bahawasanya hanya Dia sahaja yang layak disembah.

Bahagian kedua pula kesaksian bahawasanya Muhammad itu adalah utusan Allah, diutuskan oleh-Nya untuk menyebarkan Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam.

Baiklah.. 

Jadi apa korelasinya antara kedua-dua pembahagian syahadah dengan kehidupan kita?

Relax ..
Begini. Kalimah syahadah terdiri daripada kedua-dua kesaksian ini. Tidak boleh beriman dengan salah satu sahaja bahkan wajib untuk kita mengimani kedua-duanya.

Percaya kepada Allah tetapi tidak Rasulullah menyebabkan kita akan tersesak nafas lantas tenggelam dalam lautan kehidupan. Percaya kepada Rasulullah tetapi tidak Allah itu berat nanang yang tersangat.

Dalam kesaksian yang pertama, kita mengimani keesaan Allah. Perhatikan. Di sini kaedah penafian dan kemudiannya penetapan digunakan.

La ilaaha (TIADA sembahan) : Penafian. Menafikan adanya sembahan.

Illallah (SELAIN Allah) : Penetapan. Menetapkan bahawasanya HANYA Allah yang layak                                                          disembah.

Justeru, saat melafazkan kesaksian yang pertama ini, kita sudahpun seharusnya membersihkan hati dan perlakuan kita daripada sebarang unsur-unsur syirik dan mempersekutukan Allah.

Dalam kesaksian yang kedua pula, ianya mengandungi elemen perakuan. Ala-ala akuan bersumpah gitu. Kita memperakui bahawasanya Muhammad S.A.W adalah utusan Allah.

Kesaksian yang kedua ini bersangkut paut dengan kesaksian yang pertama. Justeru, pada saat kita memperakui keesaan Allah, dan memperakui kerasulan Muhammad S.A.W, lantas sewajarnya bahkan sewajibnya kita mengikuti apa yang diajari Muhammad S.A.W tanpa menambah apatah lagi mengurangkan walau sedikitpun.

Justeru,  dapat disimpulkan…

Syahadah yang pertama lawan kepada SYIRIK (mempersekutukan Allah)

Syahadah yang kedua lawan kepada BIDAAH (tokok tambah dalam agama)

Inilah dia makna disebalik kalimah syahadah yang kita ungkapkan sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam itu. Lantas selepas ini sewajarnya kita menghayati serta memahami tuntutan di sebalik syahadah ini.
Saya simpulkan tuntutan yang menjadi prioriti di sini adalah untuk kita memperkasakan akidah kita dalam mentauhidkan Allah. Kemudian untuk check semula amalan-amalan kita sama ada ianya disandarkan kepada Rasulullah atau hanya sekadar tokok tambah yang diwarisi secara turun-temurun.

Begitulah tuntutan syahadah. Dan sepertimana berlakunya peristiwa perkahwinan itu, ia turut disertakan dengan tuntutan tanggungjawab yang lainnya. Bukan sekadar membenarkan kau adalah isteri aku dan aku adalah isteri *eh.suami* kau.

Begitu juga dengan syahadah ini. InsyaAllah akan saya kongsikan pada episod yang lain.

Semoga bertemu lagi pada sambungan yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment