Sunday, July 6, 2014

Iftitah : AKU MAHU TULIS BLOG :~

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamu'alaikum wbt. saudara/saudari yang dicintai Allah,

 

Segala puji bagi-Nya, Yang meniupkan kehidupan ,Yang juga memberi pengakhiran. Dia lah Allah, raja pada sekalian raja . Pencipta atas segala pencipta yang ada . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabiyyina , Rasulina Muhammad S.A.W. yang telah memerah keringat dan darah baginda bersama Sahabat-sahabatnya yang tercinta dalam menyampaikan amanah Azza wa jalla. Moga kalian semua bahagia.

Alhamdulillah, dengan ruang dan peluang yang masih diberikan, dapat juga *akhirnya* saya meneruskan niat untuk menambah sayap kiri dalam usaha mulia dengan mencuba lapangan penulisan yang memang sudah berzaman diceburi oleh mereka-mereka yang lain *uhuk* . ~


Okay, sejujurnya saya sendiri masih belum pasti penulisan yang bagaimana ingin saya ketengahkan dalam belog murahan ini. Nak menulis cara sempoi bergaya dan cool macam "Inche Pakai Gucci" dan sumpamanya, nanti orang kata plagiat pula. But I admit yang penulisan-penulisan macam tu sangat punya tarikan dan pendekatan yang fresh untuk pembaca.
 Nak menulis dengan tulisan yang 'tense' dengan ilmu, saya sendiri pun bukanlah tergolong dalam kategori 'lautan bergerak', yakni mereka-mereka yang ada keluasan tasawwur dan kefaqihan(pemahaman) ilmu yang begitu dalam .

Namun, menjadi insan yang memilih untuk berada dalam bidang professional yang dolunya daripada aliran 'ulum ad-deen bukan lah menjadi penghalang untuk menyampaikan risalah . Setuju ?

*sigh~*

Berbalik pada topik asal, AKU MAHU TULIS BLOG.




Saya tertarik dengan kata-kata abang Hilal Asyraf of 'Langit Ilahi' (refer: langitilahi.com ) , "Tiadalah saya menulis ini kerana saya ingin menulis. Tetapi saya menulis ini kerana saya mahu menyampaikan. Memperingatkan diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar kita sama-sama
kembali menjadi hamba ilahi." Dapat ? Jadi bagi setiap iftitah(pembukaan/permulaan) perbuatan harusnya bermula dengan NIAT.

Sukanya saya ingin berkongsi hadith pertama daripada hadith arba'in(40) . Menjadi tabiat Imam Nawawi sendiri sebelum menyampaikan ilmu supaya mengajak para pendengarnya untuk memperbetulkan hati dan niat :

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه".

Maksudnya:
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Yang menjadi maksud utama di dalam Hadith ini ialah menerangkan masalah ikhlas dan kedudukan niat dalam suatu amal. Seseorang akan mendapatkan hasil dari amalnya sesuai dengan niatnya.
Sedikit Latar belakang Munculnya Hadits ini:
Kata Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, barangsiapa yang berhijrah (meninggalkan suatu negeri dan pindah ke negeri lain) menginginkan sesuatu, maka ia akan mendapatkan apa yang ia inginkan itu.

Ada seorang lelaki hijrah (dari Makkah ke Madinah) dalam rangka mau menikahi seorang perempuan bernama “ummu Qays”, lalu iapun diberi gelar “Muhajir Ummu Qays”.Kata Imam Thabrany, orang tersebut melamar ummu Qays, tapi ummu Qays menolak, kecuali orang itu mau ikut bersama hijrah ke Madinah. Lelaki itupun bersedia, oleh karenanya ia diberi gelaran  t e r s e b u t.

****


Iya. Niat .
Niat yang hanyalah satu lintasan hati . Namun menjadi pencorak yang dominant pada muttakhir suatu usaha.

Suatu hari, sedang anda mengayuh besikal daripada sekolah* , anda terserempak dengan satu keindahan dipertengahan jalan. " Eh, comei la dia ni . Boleh buat family angkat ni . " Kehairanan kucing parsi gemok berbulu lebat tu melihat anda merenung dia lama-lama.

*miaoww~*

Tapi hanya sekadar niat namun tiada usaha tangkas untuk mendapatkannya maka berlarilah si kucing itu tadi ketakutan melihat muka jahat anda. Anda boleh lihat sahaja kucing tu berlalu pergi atau anda segera kejar dia dari belakang yang lari terkedek-kedek tu. Selagi dia belum sampai ke tengah jalan raya dan digilis lori ayam. *O' ma gash*

Ketahuilah anda semua, sekira niat anda dikuatkan dengan azam yang tinggi untuk melaksanakannya, maka anda akan mendapati semuanya dipermudahkan dengan pertolongan Sang Ilahi. Lebih lagi niat yang bahek lagi murni.


( hyperbola )
Kekuatan niat bila digandingkan dengan keazaman yang tinggi umpama Optimus Prime bergabung tenaga dengan Grimlock. Serius !!


Maka usah berlengah apabila niat yang baik terlintas di hati. Usah juga berasa takut dengan dugaan dan cabaran, malah tentangan yang belum lagi terjadi malah tidak pasti.

Saya masih ingat lagi satu topic yang dikongsikan oleh seorang pakar penulisan di dalam satu seminar mukhayyam yang dianjurkan oleh satu badan NGO tarbawi di Sekolah Al-Amin,Gombak .  Ia mengenai satu penyakit 'inferiority complex'  yang dihidapi oleh ramai masyarakat terutamanya anak muda.



'Inferior' yang dimaksudkan merujuk pada perasaan dan sikap takut dan berkecil diri yang muncul asalnya daripada empunya diri manakala 'complex' yang dimaksudkan adalah masalah ataupun ketidaksetabilan terhadap 'inferior' itu sendiri. Contoh situasi kebiasaan adalah apabila seseorang itu menjadi 'nervous' malahan terkaku apabila ditugaskan untuk memberi ucapan atau 'presentation' di hadapan khalayak umum.




Asalnya berasa inferior itu adalah normal. Malah menunjukkan adanya sifat zuhud selaku seorang hamba kepada Tuannya. Namun bagi sesetengah orang dalam kalangan kita mempunyai inferior yang sangat tinggi dalam diri mereka sehingga menghalang diri daripada bergerak ke depan. Lantas langsung dia berlari ke belakang. Mencari tempat untuk merasa lebih selamat.

Bagi yang memang dihadiahi kelebihan "Born to Lead" kebanyakannya tidak mempunyai masalah dalam hal ini. Apa yang menyebabkan kompleksiti ini berlaku sebenarnya apabila seseorang itu terlalu mengambil kira soal pandangan orang lain di sekelilingnya tentang dirinya sendiri.

Kaedah untuk mengatasi dan recounter 'inferior' ini adalah dengan memperbetulkan 'self-esteem' iaitu bagaimana pandangan kita terhadap diri kita sendiri.

Bagaimana ?? Banyak cara !

1) Banyakkan cakap perkara positif tentang diri anda.
2) Beranikan diri mencuba benda-banda baru.
3) Cuba tegakkan pandangan diri anda.
4) Selalu me'volunteer' kan diri untuk memberi sumbangan.
5) Fikirkan tentang apa yang anda mampu lakukan, dan plan utk lakukannya.
6) Selalu perbetulkan NIAT anda...dan lain-lain.


Jadi apa lagi ? Kejar cepat kucing parsi gemok berbulu lebat tu ! Make change for yourself ~

Anda punya niat yang baik, teruskan niat anda. Anda mahu menulis, menulislah ! Anda mahu menikah, menikah lah!*err*
Dan jika anda mahu REDHA Allah, maka kejarlah!

Usah diburu hantu sendiri ^__________^

 
<<::Bismillah::>>




 

No comments:

Post a Comment